Ahad, 16 November 2008

PENGISIAN

RASIONAL

 

Anak-anak mempunyai kemampuan yang tinggi untuk menghafal al-Quran kerana minda mereka masih bersih. Telah dibuktikan kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas mampu menghafal al-Quran pada kadar satu juzuk dalam masa 1-2 bulan hanya dengan menghafal 1 jam sehari bergantung kepada kecerdasan mereka.

            Sekarang ibu bapa tidak perlu lagi menghantar anak ke sekolah tahfiz berasrama untuk menghafal al-Quran. Mereka boleh melakukannya di rumah di samping bersekolah seperti kanak-kanak lain.

            Kanak-kanak yang menghafal al-Quran mempunyai daya tahan yang tinggi. Kecerdasan minda mereka meningkat. Mereka menjadi anak yang cergas dan cemerlang dalam pendidikan akademik. Akhlak mereka terjamin kerana al-Quran menjadi pelindung dari kemungkaran.

 

MODUL & PENGISIAN KEM

 

KEM TAHFIZ AL-QURAN ini adalah satu program yang sangat berfaedah untuk mengusai kemahiran al-Quran & Iqra’ secara intensif selama musim cuti sekolah. Pengisian utama ialah:

· Peserta yang belum menguasai al-Quran akan disaring dan diberi latih tubi sehingga boleh mengusai al-Quran dengan baik.

· Peserta yang dapat menguasai al-Quran diberi peningkatan dalam penguasaan ilmu al-Quran dengan kelas khas kemahiran 3T: Tilawah, Tahfiz & Tarannum.

· Peserta juga diajar ilmu fardhu ain, praktikal ibadah (khasnya solat), bahasa Arab, menghafal 40 hadis pilihan, tulisan jawi, khat, motivasi dan akhlak.

· Program ini juga memberi latihan pembinaan sahsiah, qiamulail, kursus imam, bilal & daie muda, kursus penyembelihan, solat jemaah dan aktiviti kemasyarakatan dengan matlamat memberi kesedaran kepada anak-anak dan pelajar dan seterusnya membimbing mereka ke arah melengkapkan penghayatan beragama hingga menjadi amalan seharian yang berterusan 

 

KATEGORI KUMPULAN

 

Peserta dibahagi kepada 3 kumpulan mengikut tahap pencapaian, minat dan kemahiran mereka dalam mengusai al-Quran:

Kumpulan 1: Tilawah –membaca al-Quran

Kumpulan 2: Tahfiz - menghafal al-Quran

Kumpulan 3: Taranum –lagu al-Quran

 

Kategori kumpulan yang belum menguasai hafalan  al-Quran:

· Kumpulan 1: Boleh membaca al-Quran.

· Kumpulan 2: Sederhana pembacaan al-Quran.

· Kumpulan 3: Membaca muqaddan / iqra’

 

KHATAM AL-QURAN

 

Peserta yang baik bacaan al-Quran dimasukkan ke kumpulam

TADARUS AL-QURAN dengan sasaran akan khatam al-Quran 30 juzuk dalam masa program dijalankan. Majlis KHATAM AL-QURAN diadakan pada hari terakhir program. Mereka akan menerima SIJIL KHATAM

AL-QURAN di samping SIJIL PENYERTAAN KEM. Ibu bapa dijemput

menyaksikan anak mereka khatam al-Quran dalam MAJLIS PENUTUP.

 

 

PENILAIAN PESERTA

 

Pencapaian peserta akan dinilai dalam kemahiran membaca al-Quran, ibadah, sahsiah, sikap, kesungguhan, kepimpinan, aktiviti ko-kurikulum, dll. Peserta yang lemah akan dibimbing sewajarnya.

 

PENGANJUR

 

DARUL TAHFIZ SRI AL AIN berpengalaman dalam bidang pendidikan & menghafal al-Quran.

 

SIJIL

 

Sijil dianugerahkan kepada semua peserta. Sijil ini amat bermanfaat untuk penilaian ko-kurikulum sekolah peserta:

· SIJIL KHATAM AL-QURAN

· SIJIL KEM TAHFIZ AL-QURAN

 

 

SYARAT & PERATURAN

 

Pakaian:

Lelaki: Gamis /jubah/baju Melayu warna putih (untuk aktiviti kelas sahaja).

Perempuan: Jubah /baju kurung, tudung labuh.

 

· 2 buah buku nota kulit tebal.

· Peralatan menulis.

· Al-Quran/Iqra

· Rehal

 

Makan dan minum:

Minum pagi jam 10.30 pagi disediakan.

 

Disiplin Peserta:

· Hadir ke kem sebelum bermulanya waktu pembelajaran

· Tidak dibenarkan keluar pada waktu kelas sedang berjalan.

·  Tidak di benarkan bercuti. Jika ada urusan penting ibu bapa

         dikehendaki menulis surat.

· Kehadiran 90% layak menerima SIJIL.

· Melanggar peraturan dalam hal ibadah akan di denda.

· Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, MP3, sebarang media elektronik, majalah dan seumpamanya.

·   Peserta yang baik dan cemerlang akan diberi penghargaan

 

Tiada ulasan: